Maksud dan Konsep Affiliate Marketing




“Affiliate Marketing” dalam perkataan yang mudah, “Menjual Barang Orang Lain”. Konsepnya seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, hotel booking dan banyak lagi.

Contohnya di sini, laman web ‘Gap.com’ yang menjual pakaian. dan Gap.com membenarkan anda untuk mempromosikan produk mereka di website anda sendiri. Sekiranya produk itu dijual, anda akan dapat komisyen. Bergantung kepada laman web tersebut, anda boleh meperolehi komisyen sehinnga mencecah 75 %!!

Apa yang terjadi adalah....




Daripada video ini, sebenarnya anda bukan menjual, tetapi hanya mempromosikan sahaja kerana produk tersebut bukan dibeli dari laman web anda. Melalui link yang anda berikan, pengunjung tetap akan dibawa ke laman web Gap.com dan membeli barang disana. 

Cuma apa yang uniknya disini adalah link yang anda sediakan terdapat nama akaun anda dan dari situlah Gap.com akan tahu siapa yang mempromosikan produk tersebut. Erti kata lain, jika rakan anda mahu membeli jam tangan contohnya di amazon.com, anda hanya suruh dia pergi ke laman web tersebut melalui link yang anda cipta dari amazon.com dan anda akan dapat komisyen. Perlu difahami bahawa satu produk satu link, maksudnya, setiap produk menghasilkan lain link.

Anda boleh mencari mana-mana website yang menawarkan program affiliate. Biasanya link diletakkan di bahagian bawah.

Contoh:
ebay.com
aliexpress.com

 Booking.com

Click link tersebut dan register akaun affiliate di laman web itu. Segala komisyen anda boleh dilihat di akaun tersebut. Lain laman web, lain akaun. Jadi, jika anda ingin jadi affiliate di laman web lain,anda perlu membuat akaun dibawah laman web tersebut. Mengikut kretiviti anda tersendiri, anda boleh mempromosikan lain-lain produk didalam satu laman web sahaja.

Setelah anda register akaun, anda boleh mencari produk apa yang ingin anda promosikan dan hasilkan link berdasarkan produk tersebut untuk diletakkan di laman web anda. Daripada link itulah komisyen anda akan terhasil.

Contoh daripada laman web amazon.com

Keyword
Segala pembelian sebenarnya bermula daripada keyword. Keyword tool di google boleh menganggarkan berapa banyak pencarian perkataan itu sebulan.
Lebih banyak nilai search lebih banyak pengunjung anda, tetapi lebih banyak nilai search juga lebih banyak saingan anda. Sebagai contoh, anda pilih perkataan yang nilai searchnya di antara 2000-6000. Pilih perkataan itu dan cuba search di google pula

Sebagai contoh saya ambil perkataan jam tangan. Jika anda lihat disini, resultnya agak tinggi. Kalau boleh anda cari sekurang yang mungkin. 



Jadi, kriteria-kriteria ini akan menaikkan ranking website anda di google search. Perkataan yang dipilih akan digunakan untuk mencipta URL website anda atau digunakan sebagai title. Pencarian keyword ini memakan masa yang agak lama juga. Tetapi ini hanyalah salah satu contoh teknik sahaja. Terdapat banyak lagi teknik-teknik yang boleh dipelajari dan mudah difahami daripada expert seluruh dunia.

Laman web
Laman web anda juga memainkan peranan dalam proses pembelian. Contohnya anda membuat review tentang sebuah jam tangan, review yang di hasilkan perlulah tidak terlalu panjang dan mudah difahami. Untuk menjadikan lebih menarik, video juga boleh diletakkan. Tema juga penting dan mestilah sesuai dengan produk. Bergantung kepada kretiviti masing-masing untuk menarik minat pengunjung.

Promosi
Setelah selesai dengan laman web anda, anda boleh mempromosikannya dengan pelbagai cara. Contohnya anda menggunakan facebook atau twitter. Menghasilkan video dan promosikannya melalui youtube, dan yang paling penting adalah kerap membaca blog orang lain dan selalu meniggalkan komen supaya pengunjung familiar dengan anda. Terdapat pelbagai cara lain lagi untuk mempromosikan laman web anda sama ada yang berbayar atau percuma.

Dengan mengunakan cara yang betul, laman web anda akan sendirinya dipenuhi dengan pengunjung secara automatik. Lebih banyak pengunjung, lebih banyak pembelian akan dibuat.  

Kebaikan Affiliate Marketing
  • Percuma
  • Pengunjung dari seluruh dunia
  • Segala jenis produk anda boleh ketengahkan
  • Bekerja hanya di rumah
  • Bekerja ikut masa anda
  • Tidak perlu pengalaman

Kesimpulan
Apa yang saya ceritakan adalah salah satu contoh sahaja. Terdapat banyak lagi teknik lain lagi yang diperkenalkan. Perniagaan ini adalah percuma. Apa yang anda perlukan sebuah komputer, internet connection dan juga masa. Jika anda mempunyai masa terluang yang banyak, anda boleh membuat research tentang Affiliate Marketing ini dan mempelajari teknik-teknik yang sesuai dan mudah digunakan atau anda juga boleh beli produk-produk yang telahpun berada di pasaran.


Terdapat pelbagai produk yang menunjukkan teknik-teknik berbeza mengikut kemahiran masing-masing. Ada juga produk yang complete dengan keyword tool sendiri, market research sendiri, writing tools dan macam-macam lagi, erti kata lain, all-in-one. Ada juga produk yang hanya memberikan guide untuk anda sama ada dalam bentuk video atau manual. Kebanyakkanya dalam bentuk video kerana ianya mudah difahami.

Bagi affiliate yang baru, mungkin anda akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan hasil tetapi, apabila anda sudah jumpa cara yang sesuai, dalam masa yang singkat sahaja anda sudah boleh dapat komisyen.

KLIK DISINI UNTUK MELIHAT PRODUK >>>






9 comments:

  1. Sangat berguna info ini.....

    Terima kasih....

    ReplyDelete
  2. Sangat berguna info ini.....

    Terima kasih....

    ReplyDelete
  3. Permisi gan, mau sharing info, affiliate marketing juga :
    Green Warrior Indonesia tapi banyak ++nya

    BAGAIMANA MENDAPATKAN PENGHASILAN DENGAN CARA MENGKAMPANYEKAN PENANANAM POHON

    Komisi : Rp 120.000 setiap paket yang terjual (80% Cash langsung ke rekening, 20% Emoney yang bisa ditukar voucher telp, listrik, etc)

    Caranya :
    1. Beli paketnya dulu : http://goo.gl/J3xVtY
    2. Mendapatkan :
    a. Video Tutorial "FUNDAMENTAL STRATEGI MENGHASILKAN UANG MELALUI DIGITAL MARKETING"
    b. Video Tutorial " BAGAIMANA MENGHASILKAN 7 JUTA DALAM 7 HARI HANYA DENGAN MENAMAM POHON SECARA ONLINE"
    c. INI YANG PALING MENARIK : DITANAMKAN POHON JABON YANG NANTINYA MENDAPAT HASIL PANEN 5 DAN 10 TAHUN
    d. E-BOOK : cara gratis dan murah memperoleh traffic web yang besar
    e. E-BOOK : seni bagaimana membangun traffic internet
    f. Anda mendapatkan website yang sama dengan link referal anda yang dapat digunakan untuk marketing affiliasinya

    Program penanaman pohonnya sendiri ditangani oleh tenaga ahli kehutanan terbaik Indonesia, legalitas lengkap dan didukung pemerintah.

    Untuk payoutnya minimum menjual 2 paket yang langsung ditransfer dalam 2 hari ke rekening agan, jamin, garansi dan sudah 5 tahun terakhir tanpa pernah telat bayar

    Sistem affiliate marketing ini merupakan salah satu program dari Gerakan Amankan Bumi Penanaman Pohon - Green Warrior yang sudah terkenal dimana-mana

    Ayo kawan-kawan semua, mari kita kampanyekan penanaman pohon sekaligus mendapatkan komisi dan hasil dari penanamannya !

    ReplyDelete
  4. Enter your comment...mohon izin copy boleh tuan..Kalau tuan izinkan lah

    ReplyDelete
  5. Bagi mana cara mendapatkan diri?

    ReplyDelete
  6. Bagi mana cara mendaftar masuk ke aplikasi ini?

    ReplyDelete
  7. Sangat berguna info ni. Baru dpat exposure pasal affiliate marketing ni.

    ReplyDelete
  8. How to start this job. Can you give more details. Step by step.

    ReplyDelete