Sunday 27 January 2013

Pengenalan



Mungkin ramai dikalangan anda mempunyai masalah kewangan dan ingin mencari jalan alternatif untuk menambah rezeki demi menanggung keluarga. Ada juga dikalangan remaja yang sering bergantung kepada ibu bapa dan ingin meringankan beban mereka, ataupun pelajar yang ingin bekerja sambilan.

Apa yang saya ingin ceritakan disini merupakan salah satu cara untuk mencari sumber rezeki yang halal disisi agama dan juga disisi undang-undang sama sekali. Ini hanyalah salah satu alternatif bagi anda yang mencari jalan penyelesaian dan bagi mereka yang berminat menggunakan komputer dan internet. Tidak perlu menjadi expert dalam penggunaan komputer dan internet pun, hanya perlu tahu asas-asas sahaja dan ini semestinya kebanyakan di luar sana sudahpun ada.

Ramai orang diluar sana masih tidak percaya yang anda sebenarnya boleh bekerja dari rumah dengan dengan hanya menggunakan komputer dan internet. Sebenarnya bukanlah tidak menggunakan modal langsung, tetapi, kebanyakan orang sekarang sudahpun mempunyai komputer dan internet dirumah, jadi bagi mereka yang sudah ada kedua-duanya, anda tidak perlulah keluar modal lagi.

Pekerjaan yang diceritakan ini dinamakan “Affiliate Marketing” dan ia adalah sejenis perniagaan, dimana perniagaan yang bukan menggunakan produk anda sendiri tetapi dengan menggunakan produk orang lain. Boleh juga anda mempromosikan produk anda sendiri jika ada, manalah tahu rezeki anda disini. Anda juga bukan menjual, anda hanya mempromosikan sahaja. Konsepnya  eperti salesman, tetapi jauh lebih mudah dan apa yang penting perniagaan ini BUKAN seperti ‘Multi-Level-Marketing’.

Sejauh mana ia boleh pergi?. Ini bergantung kepada anda. Bergantung juga kepada minat dan usaha anda, anda mungkin boleh menghasilkan sebanyak yang anda inginkan kerana potensi perniagaan ini sangat luas disebabkan pengunjung anda dari seluruh dunia dan percaya atau tidak, hanya link anda yang boleh menghasilkan buahnya. Apa yang saya maksudkan? klik disini